BISMILLAH
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh
Sedih
Tersenyum sendiri
Mimpi
Menangis
Emosional
Termenung
Melamun
Hmmm...
itulah "RINDU" yang ku rasakan
^_^
Amat sukar dicari apa itu sahabat
Apa lagi sahabat sejati
Tetapi sepanjang perjalanan kehidupan ini
Aku mulai mengerti siapa itu sahabat
Sahabat yang sentiasa membimbing aku ke jalanNya
Menginggatkan ketika aku lalai
Bersama untuk satu cita-cita
Aku gembira, rasa syukur tiadakira
Jika ada sahabat bersamaku
^_^
Mensyukuri Rindu Ku
Kita berjumpa kerana takdir.
Kita berkawan kerana kasih sayang.
Kita bersama kerana hati.
Kita bergaduh kerana saling melengkapi.
TAPI yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA.
TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati. 1 Rahsia Rasa. 1 Tujuan
Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami arti persahabatan.

Menenangkan Rindu Ku
Mengingati teman tanda persahabatan.
Mengingati mati sumber kekuatan iman.
Mengingati hari akhirat semulia-mulia ingatan.
Mengingati ALLAH itulah ketenangan.
Mengingati mati sumber kekuatan iman.
Mengingati hari akhirat semulia-mulia ingatan.
Mengingati ALLAH itulah ketenangan.
^_^
Merangkum Rindu Ku
Indah "PELANGI" kerana "WARNA".
Indah "TAMAN" kerana "BUNGA".
Indah "HATI" kerana "AKHLAK".
Indah "HIDUP" kerana "KEJUJURAN.
Indah "DUNIA" kerana "UKHUWWAH" antara kita.
Indah "TAMAN" kerana "BUNGA".
Indah "HATI" kerana "AKHLAK".
Indah "HIDUP" kerana "KEJUJURAN.
Indah "DUNIA" kerana "UKHUWWAH" antara kita.
^_^
DOA Rindu Ku
Bila ucapan salam dikirim dari jauh,
tiada kata dapat didengar.
tiada senyumana yang dapat dilihat.
TAPI apa yang dapat dirasai,
CUMA doa ikhlas dari hati yang mengingati.
tiada kata dapat didengar.
tiada senyumana yang dapat dilihat.
TAPI apa yang dapat dirasai,
CUMA doa ikhlas dari hati yang mengingati.
Ya Rabbi, selimuti istirehat sahabatku ini dengan kemuliaanMu, Hapuskan
segala kesusahan dari hatinya. Bangunkan dirinya saat tahajudMu tiba,
Rahmati dirinya kala waktu subuhMu menyapa, Hamparkan waktu-waktu yang
diinfakkan keranaMu dengan sebaik-baik amalan.
Perkenankanlah Ya Allah.
Ya Allah, andai sahabatku resah, tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'rifahMu,
andai dirinya terancam, lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu.
andai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah kehangatan kasih sayangMu.
Rindukan jiwanya dengan saat bertemu denganMu.
Ya Allah, jangan kau biarkan hati,jiwa,jasadnya terpesona dengan duniawi,
Khusyukkan hatinya dalam rukuk dan sujudnya menghadapMu.

Kokohkan gerak langkahnya untuk mengemban risalahMu yang mulia.
Berikanlah kbaikan dunia dan akhirat kepadanya. Aamiin.
^_^
Akhir Ekspresi Rindu Ku
Ukhwah itu bukan letaknya pada manisnya ucapan dibibir atau pada
indahnya pertemuan, tetapi dalam ingatan seseorang kepada temannya dalam
doanya (IMAM AL-GHAZALI)
Dijalan Allah persahabatan ini bukan milikku, dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia.
Kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana Dia juga telah menetapkan kita
mengukir kenangan. Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih
sayang, Moga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya. InsyaAllah.
^_^
إني أحبك في الله